New York, 29 Sep - Sebuah keretapi transit New Jersey telah merempuh platfrom di Hoboken pada pagi Khamis (waktu tempatan) menyebabkan lebih dari 100 cedera dan sekurang-kurangnya 3 maut, kata pegawai tempatan.
Beberapa foto yang dimuat naik di media sosial menunjukkan keadaan struktur di terminal itu yang rosak dan juga atap runtuh.
Seorang penumpang, Leon Offengenden, berkata dia berada di salah satu bahagian gerabak ketika kepala keretapi itu melanggar platform.
"Orang ramai menjerit ketika kejadian berlaku", katanya.
"Ketika sudah berada di luar keretapi, seorang lelaki lalu dihadapan saya sambil memegang tangannya yang dalam keadaan berdarah", tambahnya lagi.
Pasukan keselamatan telah pun dikerahkan ke tempat kejadian bagi membantu penumpang dan juga membersih kawasan itu.
Sumber : CNNRoti Tisu 29 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?