Kuching, 29 Sep - Seorang remaja lelaki dan rakannya ditahan polis kerana menjerut leher dan menikam seorang wanita; yang juga ibu kepada remaja lelaki tersebut; dalam kejadian di Kota Samarahan tengah malam tadi.
Menurut Harian Metro, kedua-dua remaja berusia 15 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi ke Balai Polis Kota Samarahan untuk menyerah diri.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, remaja terbabit membelit leher ibunya yang berusia 43 tahun menggunakan tali pinggang manakala rakannya menikam perut wanita itu menggunakan pisau kira-kira jam 9 malam.
Menurutnya, ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta untuk pulang ke rumahnya selepas mengambil suspek dan anak perempuannya berusia 9 tahun di pusat tuisyen di Desa Ilmu Kota Samarahan dan sempat memberhentikan kereta.
"Kejadian hanya disedari jiran wanita terbabit selepas mendengar jeritan anak perempuan mangsa. Kedua-dua suspek keluar dari kereta dan melarikan diri.
"Wanita terbabit dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan dilaporkan stabil. Remaja terbabit kini direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah," katanya.
Motif kejadian masih dalam siasatan.
Sumber : Harian Metro
Roti Tisu 29 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?