Jika diikutkan, 'jet lag' membawa maksud gangguan ritma harian, iaitu satu simptom sementara yang berlaku kepada manusia apabila terbang dengan laju melintasi zon waktu dan terbang pada waktu yang kurang sesuai. Dan gangguan inilah yang boleh merosakkan 'mood' untuk menikmati percutian yang panjang.
Namun, tahukah anda, 'jet lag' bukannya disebabkan oleh jangka masa penerbangan anda, tetapi ianya disebabkan oleh, lokasi yang anda tujui. Tapi, usah khuatir, dengan mempraktikkan 15 tips ini, anda pasti dapat bercuti dengan sepuas-puasnya. Jom kita tengok, tips infografik mengenai 'jet lag' dari Thomas Cook ini.
Dunia dibahagikan dengan 24 zon masa yang berbeza, dan setiap negara mempunyai zon masa mereka tersendiri. Oleh sebab itulah, kita akan mengalami 'jet lag' di mana badan cuba untuk menyesuaikan diri dengan zon masa sesebuah negara.
Kiraan jam pula, berbeza mengikut bacaan sudut. Pertambahan atau penolakan sebanyak satu jam akan terjadi bila mana kedudukan sudut berubah setiap 15 darjah. Serta, sudah semestinya, 'jet lag' bukan berlaku disebabkan masa perjalanan, tetapi oleh arah penerbangan, atau lokasi yang dituju.
Disebabkan penerbangan akan melewati zon masa yang berbeza, ianya akan menggangu tubuh badan kita, dan ia dipnggil 'circadian rhythm', ini adalah, perubahan fungsi biologi tertentu yang berulang dalam tempoh 24 jam. Daripada perubahan fungsi biologi tersebut, badan akan mula mengalami ketidakselesaan, dan antara simptom yang dihadapi adalah, sukar untuk tidur, pening kepala, kepenatan, serta cirit-birit atau sembelit. Ianya akan lebih terkesan kepada seseorang yang berumur lebih 60 tahun, kerana mereka juga sering mengalami masalah tidur, oleh sebab faktor umur.
Namun jangan risau, mari kita lihat, apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan 'jet lag' ini.
Sebelum Memulakan Perjalanan
-Ke Barat (biasakan diri tidur lewat beberapa hari sebelum penerbangan),
2. Pakai cermin mata:
3. Transit:
4. Bertenang:
Semasa Di Dalam Kapal Terbang
5. Urus Aktiviti:
6. Penggunaan Ubat-ubatan:
Jangan memakan ubat tidur semasa dalam perjalanan, kerana ia tidak membantu dalam perubahan biologi badan, lebih baik tidur secara semula jadi.
7. Minum Air:
8. Pastikan Diri Selesa:
Anda boleh menggunakan penutup mata, atau penutup telinga bagi menyesuaikan diri, untuk melelapkan mata.
9. Sentiasa Aktif:
Tiba Ke Destinasi
10. Luangkan Masa Di Luar:Sinaran mentari dapat membantu proses penyesuaian zon masa dengan lebih pantas.
11. Ke Barat:
12. Ke Timur:
13. 'Anchor Sleep':
14. 'Masa Tempat Tinggal':
Jika anda melancong kurang dari 4 hari, masa makan dan tidur anda, mengikut waktu tempatan.
15. 'Ganti Masa Tidur':
akmal aziz 23 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?