PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak berharap orang ramai dapat mengambil bahagian dalam tinjauan berkaitan Bajet 2017 yang sedang dijalankan di bajet2017.najibrazak.com/survey.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berharap orang ramai dapat mengambil bahagian dalam tinjauan berkaitan Bajet 2017 yang sedang dijalankan di bajet2017.najibrazak.com/survey.
Perdana menteri berkata, tinjauan itu penting bagi membantu kerajaan merangka bajet inklusif yang memenuhi keperluan rakyat.
"Luangkan sedikit masa menjawab tinjauan di bajet2017.najibrazak.com/survey untuk saya lebih memahami keutamaan anda.
"Ini adalah sebahagian daripada usaha yang dilaksanakan bagi membentuk sebuah bajet yang inklusif dan mengambil kira keperluan rakyat," katanya dalam catatan terbaru di laman Facebook rasminya hari ini.
Sebanyak 8,352 cadangan diterima melalui laman cadangan Bajet 2017 yang dibuka kepada orang ramai bermula 5 September hingga Rabu lalu.
Lima kategori iaitu pekerjaan, pendidikan, pengangkutan awam dan infrastruktur, percukaian, perniagaan dan kewangan, serta perumahan dan kehidupan bandar menerima jumlah cadangan yang paling banyak.
Bajet 2017 akan dibentangkan di Parlimen pada 21 Oktober ini. - BERNAMA
23 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?