Sejak kebelakangan ini dilihat banyak pula kisah orang ramai yang terkena dengan produk kecantikan dalam dan luar negara, rata-rata mereka memuatnaik naik di laman sosial berkaitan muka mereka yang 'rosak' selepas memakai produk yang dibeli.
Memang diakui diluar sana terdapat pelbagai produk kecantikan ada yang berasaskan kimia tidak sesuai dengan sesetangah kulit dan ada yang organik diperbuat daripada bahan semula jadi.
Ada produk yang merbahaya dipakai terutamanya produk tiruan yang menggunakan jenama terkenal.
Jadi bagaimana nak tahu produk berkenaan selamat digunakan atau tidak? seoran wanita bernama Shida Idris telah berkongsikan satu tips mudah untuk mengenal pasti produk berkenaan merbahaya atau tidak.
**Apa yang ditulis beliau adalah berdasarkan pengalamannya, bukan kajian saintifik mana-mana pakar kecantikan.
Jom kita baca.
Haritu aku ada terbaca viral kisah seorang anak gadis yang masih muda, muka dia teruk berjerawat lepas pakai satu produk tempatan. Harini aku terbaca paper sinar harian sambil tunggu giliran (checkup) kisah seorang wanita yang mukanya macam kena penyakit panau atau balar (tompok putih di muka) yang sangat teruk.
sebenarnya, aku sendiri pernah kena. tapi nasib baik dah hilang. tahun lepas, aku adalah gatal beli satu produk ni sebab tengok macam best je. beli satu set. lepas pakai, muka aku macam terbakar. pipi dan dahi merah sampai kena tegur dengan opismate. tapi aku tetap teruskan pakai sebab aku jenis tak percaya pakai sekejap terus cantik.
aku tanyalah seller, dia bgtau suruh stop krim malam. then, aku stop. masih sama. hampir habis jugaklah aku guna tapi dahi aku dah macam terbakar.
lepas tu, aku serik dan sekarang aku tetap guna local product tapi yang 100% organic saja. cumanya aku nak bagi tips di sini pada sesiapa yang nak guna produk kosmetik tempatan. aku dapat tips ni dari orang yang pakar perubatan jugak.
CALIT KRIM MALAM ATAU KRIM SIANG DI SPONGE(span) DAN BIARKAN SELAMA BEBERAPA JAM. KALAU SPONGE BERTUKAR JADI HITAM, STOP USING THAT PRODUCT.
kalau aku bagitau, berapa banyak kosmetik tempatan popular yang sebenarnya bahaya, mesti ramai tak percaya.
SELAMAT MENCUBA
Selain itu ini pula tips yang pernah diberikana oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad untuk mengenalpasti produk itu berbahaya atau tidak.
Kalau ingin tahu sama ada produk kosmetik itu mengandungi kandungan merkuri yang tinggi , boleh sapu sedikit krim produk itu pada cincin atau gelang emas .
Jika warnanya bertukar menjadi kelabu , itu tandanya ia mengandungi banyak merkuri . Ini bukan sihir atau silap mata . Ini sains kimia .
firdausishak 19 Aug, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?