Rio, 19 Ogos : Final acara 10 meter platform individu wanita melihatkan penerjun negara, Pandelela dan Nur Dhabitah menamatkan acara itu pada kedudukan ke 6 dan 11.
Emas dan perak acara itu dirangkul oleh penerjun dari China yang dilihat mendominasi acara itu. Pingat gangsa pula dimenangi oleh penerjun dari Kanada.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada Pandelela dengan berkata biarpun tidak berjaya, Pandelela sudah pun mengharumkan nama negara dengan memenangi perak dalam acara platform bergandingan sebelum ini.
"Berbanggalah. Kamu masih lagi pulang dengan satu pingat perak", kata KJ.
Sementara itu KJ juga turut memuji penerjun muda negara, Dhabitah menerusi Twitternya.
"Tahniah Dhabitah, 17 tahun beraksi dalam Olimpik. Kamu mempunyai masa depan yang cerah", tulis KJ.
Selain itu KJ juga turut mengakui kehebatan penerjun China dan rasa hairan beliau dengan terjunan yang dibuat oleh atlet-atlet negara itu.
"Insitut Sukan Negara, tolong tengok macam mana penerjun-penerjun China terjun ke dalam kolam tanpa ada percikan pun. Wow.", kata KJ.
Roti Tisu 19 Aug, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?