TUN Dr Mahathir Mohamad. - Foto Hazreen Mohamad
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke wad Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada, kira-kira jam 7 pagi tadi.
IJN, menerusi satu kenyataan tadi, memberitahu Tun Mahathir kini sedang menjalani rawatan untuk jangkitan pada dada dan beliau dijangka akan diletakkan dalam pengawasan untuk tempoh beberapa hari.
"Rawatan ke atas Tun Mahathir dilakukan dengan pemantauan Pakar Runding Kanan Kardiologi IJN, Datuk Dr Mohd Nasir Muda.
"Tun Mahathir kini diletakkan di wad am dan setelah mendapat nasihat daripada pasukan pakar yang merawatnya, buat masa ini hanya keluarga terdekat dibenarkan membuat lawatan," katanya.
Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof 09 Aug, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?