Sebab Mengapa Lensa Leica di Telefon Huawei P9 Digelar Sebagai 'Kamera Masa Hadapan'


Di zaman teknologi yang serba canggih ini, sudah susah untuk melihat kamera-kamera di gantung di leher. Boleh dikatakan, zaman-zaman kegemilangan 'kamera tradisional' sudah semakin pudar dek kerana munculnya peranti mudah alih, telefon pintar.

Malah, ada juga jurugambar professional dan wartawan yang menggunakan kamera telefon pintar untuk merakam detik-detik emas di hadapan mereka. Namun, sesebuah gambar tidak lengkap jika tidak disertakan dengan perincian setiap objek.

Namun apa yang menariknya dengan telefon Huawei P9 sehingga ada beberapa blog teknologi di luar negara memanggilnya sebagai 'telefon kamera masa hadapan'?


Jawapannya terletak pada kamera di telefon pintar itu, atau lebih tepatnya, Leica Dual-Lens, yang menjadi taruhan oleh Huawei.

Huawei P9 dilengkapkan dengan teknologi dua lensa dari Leica, yang mana satunya berfungsi mengambil imej berwarna dan satu lagi berfungsi untuk mengambil imej monochrome.

Hasil gabungan dua imej ini, terhasillah satu gambar yang lebih terperinci, jelas dan cantik. Ini kerana, lensa warna bertanggungjawab untuk merakam imej warna yang tepat manakala lensa monochrome pula bertanggungjawab merakam segala perincian di dalam gambar itu.

Disebabkan teknologi unik ini, telefon Huawei P9 digelar sebagai telefon pintar dengan 'kamera masa hadapan'.

Leica dan Dunia Kamera 
Syarikat kamera Leica sememangnya terkenal dalam dunia fotografi memandangkan syarikat itu sebelum ini pernah menghasilkan kamera-kamera yang terbaik dalam dunia.

Kerjasama antara Huawei dan Leica ini dilihat sebagai satu langkah yang dibuat untuk mengalih professional-professional yang menggunakan kamera digital (DSLR) kepada telefon pintar yang mempunyai kebolehan yang sama seperti DSLR.

Selepas pengumuman pelancaran Huawei P9, Leica dan Huawei telah membuat satu pengumuman bersama mengenai kejuruteraan bersama mereka untuk kamera P9. Dan ia boleh dilihat dengan terpampangnya nama Leica di belakang telefon tersebut.


Kamera di belakang Huawei P9 dilengkapkan dengan sensor Sony 12 megapiksel dengan lensa bersamaan 27 mm. Kamera itu mempunyai f/2.2 aperture, fokus laser dan dual LED flash. Kamera hadapan pula didatangkan dengan juga model Sony dengan 8 megapiksel dan f/2.4 aperture.
Foto yang diambil menggunakan Huawei P9 di tengah malam. Foto : WSJ
Telefon Huawei P9 didatangkan dengan skrin 5.2 inci 1080p dan dikuasakan dengan pemproses ARM 2.5GHz 64-bit. Dari segi bateri pula, ia didatangkan dengan bateri 3,000 mAh.

Selain mod biasa, pengguna telefon P9 juga dibenarkan menggunakan antaramuka mod 'profesional' seperti mengawal shutter, aperture dan ISO seolah-olah telefon pintar itu adalah kamera DSLR.

Selain kelebihan mod 'professional' aplikasi kamera di telefon Huawei P9 juga didatangkan dengan mod-mod mudah seperti Beauty, HDR, panorama dan pelbagai lagi bagi mereka yang lebih sukakan setting automatik.



Mod professional
Telefon Huawei P9 juga mendapat reviu dari blog fotografi terkenal, Petapixel yang mencuba sendiri kamera Leica di telefon itu.
Kamera di telefon pintar Huawei P9 juga mendapat mendapat pujian dari blog Petapixel, yang memuji 'detail' yang boleh rakam menggunakan kamera telefon tersebut.

Lebih dari itu, P9 juga dilihat sebagai telefon pintar Android yang meletakkan kamera sebagai keutamaan. Ini boleh dilihat dengan beberapa ciri dan kawalan yang diletakkan di dalam telefon itu bagi memudahkan capaian kepada kamera.

Antaramuka aplikasi kamera telefon itu juga dilihat sangat teratur dan tersusun yang memperlihatkan usaha yang dibuat oleh pengeluar telefon tersebut untuk menjadikan telefon ini sebagai sebuah 'telefon yang khas bagi penggemar kamera'.

Bagi yang mahukan setiap detik dirakam dengan terperinci, Huawei P9 berkanta Leica adalah telefon pintar yang berbaloi untuk dicuba. - Siakapkeli.my

Sumber : Petapixel

firdausishak 05 Aug, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?