PASANGAN beregu lelaki badminton negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mara ke separuh akhir, di Rio De Janeiro, sebentar tadi. - Foto AFP
RIO DE JANEIRO: Beregu lelaki badminton negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong melakukan kejutan apabila mara ke separuh akhir, di sini, sebentar tadi.
Gandingan ke-12 dunia itu mara selepas menumpaskan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong 17-21, 21-18, 21-19.
V Shem-Wee Kiong akan menentang pasangan China, Chai Biao-Hong Wei yang menewaskan Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov 21-13, 16-21, 21-16 di separuh akhir esok.
15 Aug, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?