Chong Wei jumpa Chen Long di final

DATUK Lee Chong Wei dan Chen Long.

RIO DE JANEIRO: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei akan menentang Chen Long bagi merebut pingat emas di final, esok.

Chen Long yang juga pemain nombor dua dunia mara ke final selepas menewaskan Viktor Axelsen dari Denmark, 21-14, 21-15.

Berdasarkan rekod, Chong Wei sudah menewaskan pemain berusia 27 tahun dari China itu sebanyak 13 kali daripada 25 pertemuan sebelum ini.

Ini adalah pertemuan kedua kedua-dua pemain itu di Sukan Olimpik selepas Chong Wei menewaskan Chen Long 21-13, 21-14 di separuh akhir London 2012.

Daripada Hussain Said 19 Aug, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?