Chong Wei atasi Lin Dan untuk ke final

PEMAIN perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei membalas pukulan pemain China, Lin Dan pada saingan separuh akhir badminton Olimpik RIo 2016 di Pavillion 4 Riocentro, Rio de Janeiro. - Foto Rosli Rahmat

RIO DE JANEIRO: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menyalakan harapan untuk memenangi pingat emas apabila mara ke final, di sini, sebentar tadi.

Pemain nombor satu dunia itu mara selepas menewaskan musuh tradisi, Lin Dan 15-21, 21-11, 22-20 dalam masa 79 minit.

Kemenangan ke atas sensasi China itu juga menebus kekalahannya di pentas final Beijing 2008 dan London 2012.

Ia juga kemenangan pertama Chong Wei ke atas juara dunia lima kali itu dalam kejohanan utama selepas tumbang lima kali di pentas final iaitu dua kali di Olimpik, dua kali di Kejohanan Dunia dan sekali di Sukan Asia.

Daripada Hussain Said 19 Aug, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?