Makkah: Demam Permainan Pokemon Go yang kini sedang melanda seantero dunia dilihat turut menjadikan Mekah sebagai satu destinasi untuk pemain-pemain permainan berkenaan.
Menurut Arab News, permainan itu dilapor menetapkan lokasi pertempuran antara karakter Pokemon di Kaabah dan hadiah-hadiah serta mata(points) boleh ditemui di pintu masuk Masjidilharam.
Menurut laman web itu juga, ketika pasukan mereka meninjau kawasan Kaabah, mereka mendapati salah satu kawasan pertarungan dalam permainan Pokemon Go adalah di atas Kaabah.
Selain itu, mereka juga mendapati lima jemaah bermain Pokemon Go di kawasan mataf yang baru dan jumlah pemain semakin meningkat.
Permainan Pokemon Go juga turut mendatang pelbagai pandangan dari pelbagai pihak di Saudi.
Ahli Majlis Ulama Arab Saudi, Sheikh Abdullah Al-Munea berkata, Pokemon Go bahaya kepada keselamatan negara itu kerana ia bertujuan untuk membongkar lokasi rahsia yang dianggap satu penderhakaan di negara itu.
Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Rayuan yang juga anggota Majlis Syura, Shikh Issa Al-Ghaith berkata Pokemon Go tidak haram biarpun karakter Pokemon ditemui di atas Kaabah dan pemainnya bermain tanpa bergerak.
"Secara keseluruhan, saya berpendapat tiada yang haram dalam permainan itu," katanya.
Suhaib Khairallah, seorang pakar teknologi dan ahli rakan kongsi dalam Microsoft Saudia mempertahankan permainan itu dengan berkata, Pokemon Go tidak boleh didapati di Saudi atau negara Arab yang lain. Jadi bagaimana ia boleh target orang Muslim?
Katanya lagi, karakter di dalam permainan itu banyak ditemui di masjid, pasar dan restoran kerana permainan itu menyasarkan tempat yang ramai orang berada menerusi Google Maps.
Sumber : Harian Metro, Arab News, Forbes
Roti Tisu 29 Jul, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?