Amaran Angin Kencang Bermula Isnin - Khamis



KUALA LUMPUR: Jabatan Meterologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang Barat berkelajuan 40 - 50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis, Pulau Pinang dan Kedah bermula esok hingga Khamis.

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter. Ia berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," kata MET Malaysia dalam satu kenyataan.

Angin itu juga dijangka turut melanda kawasan perairan Phuket, Selat Melaka Utara, Condore, Reef North dan Palawan bermula Isnin hingga Khamis ini. - Siakapkeli.my

Sumber : Bernama

Roti Tisu 31 Jul, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?