Tips Cara Belajar Mudah, Cepat Paham dan Berkesan

Tips Cara Belajar Mudah, Cepat Paham dan Berkesan | Sebagai seorang pelajar anda pasti mahukan teknik cara belajar yang berkesan untuk memudahkan apa yang diajarkan oleh guru di kelas. Oleh itu, di sini terdapat beberapa faktor penting yang memainkan peranan yang aku nak kongsikan dengan semua.

Tips Cara Belajar Mudah, Cepat Paham dan Berkesan
Budak kecik pun rajin belajar. Malu tak?

Tips dan Teknik Cara Belajar Dengan Betul dan Berkesan

Belajar cara belajar! Pernah tak anda dengar perkataan ni? adakah anda paham apa maksud dia? maknanya kat sini anda haruslah belajar teknik atau cara belajar yang betul. Suka aku bagitahu kat sini belajar bukan sekadar pergi kelas setiap hari sahaja, tapi FOKUS dalam kelas itu yang paling mustahak!

Kenapa? Sebab dalam kelas la anda dapat ilmu baru, pelajaran baru. Bukan senang-senang nak dapat ilmu baru, nak kena difahami dengan jelas dan bila tiba masa nanti ada peperiksaan pula. Jadi di dalam kelas tu sebolehnya tolak semua masalah dalaman dan luaran anda tu. Fokus!

Namun semua ni bergantung kepada semangat dan kesedaran yang anda miliki untuk berjaya dalam peperiksaan. Apabila seseorang menanamkan semangat yang tinggi untuk memperoleh kejayaan justeru korang akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Percayalah!

Dengan adanya semangat ini korang akan terus berusaha dengan gigih tanpa berasa jemu. Ini jugak akan secara tak langsung membuatkan korang mahu sentiasa mengulang kaji pelajaran yang telah dipelajari mahupun yang akan dipelajari. 

Tak dinafikan jugak mereka yang berjaya dalam peperiksaan adalah seseorang yang rajin membaca buku. Apabila anda begitu rajin membaca buku secara tidak langsung anda akan dapat menambahkan pengetahuannya dan ini memang terbukti pun melalui
 pembacaan sudah ramai yang berjaya dalam peperiksaan.

Satu lagi anda kenalah bijak membahagikan masa dengan memberikan peluang untuk belajar. Seharusnya seseorang pelajar itu harus bijak membahagikan masa belajar, masa berehat, masa ke sekolah, dan masa untuk tidur. 

Okay? cukup rasanya untuk perkongsian ilmu kali ini. Pandai-pandai lah anda ambil mana yang patut anda amalkan. Usaha tangga kejayaan!

p/s : Tiada istilah GENIUS dalam kamus hidup aku. Mereka yang berjaya pasti fokus, pahamkan betul-betul kemudian setiap point penting yang keluar dari mulut cikgu mungkin juga disalin ataupun sememangnya dia memiliki anugerah ingatan yang kuat. Tak mustahil untuk semua orang berjaya.

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?