Apa Itu Alexa Ranking dan Kegunaannya

Apa Itu Alexa Ranking dan Kegunaannya | Alexa ranking adalah satu medium untuk mengukur pencapaian sesuatu website itu. Baik dari segi jumlah visitornya mahupun jumlah bounce rate blog/website tersebut. Di sini akan diulas sedikit kelebihan dan kegunaan Alexa Ranking ini.

Apa Itu Alexa Ranking dan Kegunaannya
Alexa Ranking

Alexa ranking biasanya digunakan oleh syarikat pengiklanan untuk mengukur kekuatan blog/website tersebut untuk dipilih sebagai ads space mereka. Selain daripada itu juga, kadangkala mereka juga melihat kepada jumlah trafik yang hadir ke blog mereka saban hari dan sebab itu pentingnya menunjukkan bukti kekuatan sesuatu blog tersebut.

Kelebihan dan Kegunaan Alexa ranking

Alexa ranking juga merupakan tools yang menyediakan pecahan visitor ke blog anda. Dengan menggunakan tools ini, anda boleh mengetahui kategori visitor anda selain memudahkan anda untuk target entri ataupun niche blog anda sesuai dengan jenis pengunjung yang datang. 

Sebagai contoh, jika pembaca anda kebanyakkannya dalam kategori wanita yang bekerja, sudah tentu anda boleh target entri apa yang sesuai untuk pembaca dalam kategori tersebut. Siapa tahu mungkin anda boleh mempromosikan produk kesihatan yang sesuai untuk mereka lantas boleh berlaku jualan dari situ. 


Anda juga boleh mengetahui keywords ataupun kata kunci yang datang ke blog anda dengan mudah. Selaras dengan niche yang anda pilih untuk blog anda, anda boleh mengetahui adakah keywords yang hadir ke blog anda itu menepati dengan niche yang anda pilih. 



Adalah sangat penting untuk anda memilih niche sesuai dengan keywords yang ada di blog anda.

Selain daripada itu, ada juga boleh mengetahui pecahan pelawat dari negara mana yang datang ke blog anda. Ianya juga membantu anda untuk meluaskan teknik penulisan anda sesuai dengan pembaca yang bertaraf international dan bukan hanya berada di takuk yang lama. 


Kepopularan blog anda juga diukur untuk menguji kekuatan blog anda sehingga popular hingga ke nusantara misalnya. Antara contoh terbaik ialah blog Denaihati yang rata-rata pembacanya meluas dan bukan di Malaysia sahaja. Ambil sahaja contoh event Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran Denaihati yang mendapat sambutan hangat.


Namun, Alexa ranking bukanlah satu-satunya penanda aras kejayaan sesuatu blog tersebut kerana Alexa ranking bukan bergantung kepada trafik blog semata-mata tetapi juga dipengaruhi pelbagai faktor lain seperti bounce rate, waktu pelawat berada di blog kita dan sebagainya. 


p/s : Mungkin entri akan datang akan aku kongsikan tips dan cara merendahkan ranking Alexa. Harap bersabar dengan penuh penantian. haha

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?