Kesedihan Dalam Kegembiraan

Kesedihan Dalam Kegembiraan | Banyak maksud yang tersirat dalam tajuk yang aku post kali ini. Satu ayat yang membawa seribu makna dalam hidup aku. Dalam kita bergembira, sebenarnya kita harus tahu yang ada orang sedang bersedih tanpa kita sedari. 

Gong Xi Fa Cai

Untuk pengetahuan korang semua, aku kini sedang bercuti sempena Tahun Baru Cina selama 4 hari je. Jadi boleh lah aku bergembira sebab dapat balik kampung berjumpa dengan keluarga aku dan jugak dapat jumpa kawan-kawan lama masa sekolah dulu. Bukan senang nak lepak-lepak dengan diorang ni sebab paham jela, kalau takda cuti umum, memang susah la nak berkumpul ramai-ramai.

Aku sampai rumah lewat sikit sebab tunggu abang aku nak ambik aku sebab dia dari kedah nak balek Johor tu, dia singgah la kejap dekat kampus tempat aku belajar. Kira dia ambik aku sekali la. Dah jimat duit aku sikit tak payah beli tiket. haha. Tapi masalahnya dia nak sampai kampus aku tu malam. Paham jela Kedah dengan kL bukannya dekat. Nak ke tak nak aku kena la stay sampai malam kat kampus aku tu.

Sampai je rumah, aku terus salam mak bapak aku. Tanya khabar semua kat diorang siap mak aku masakkan makanan sedap untuk aku dan abang aku. Tetiba kawan aku text aku cakap bapak dia masuk hospital, sakit jantung tahap kritikal. Berderau jugak jantung aku bila dengar macam tu. Esoknya aku terus pergi ke hospital melawat bapak kawan aku tu.

Sampai je hospital, kawan aku bawak aku pergi wad bapak dia kena tahan. Kesian aku tengok kawan aku ni sedih je dah. Bila aku sampai bilik wad tu, aku tengok bapak dia dah tak sedarkan diri. Dengan wayar tiub air semua cucuk kat badan dan hidung dia, kesian aku tengok. Aku tengok mak dia pun dah lemah semangat je.

Untuk pengetahuan korang, aku memang dah rapat dengan family kawan aku ni. Dah aku anggap macam family aku jugak la sebab selalu jugak aku pergi rumah dia. Dalam hati aku terfikir, macam mana lah agaknya kalau terjadi kat family aku. Nak menangis pun ada jugak. Sayu hati aku bila terbayangkan apa perasaan diorang bila laluinya semua ni. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul kan.

Lepas habis waktu melawat, aku terus jumpa kawan-kawan lama aku. diorang tak tau sangat kot situasi bapak kawan aku yang sakit tu. Jadi aku pun buat selamba jela layan kepala diorang, tengok bola semua gelak ramai-ramai. Tapi tetap dalam hati kecik aku terfikirkan keadaan bapak kawan aku, yang aku anggap macam bapak aku sendiri. Apakah yang harus aku lakukan?

Kepada korang yang pernah lalui semua ni mesti paham kan macamana perasaan diorang. Sayu jugak aku baca entri blog titan baru-baru ni. Saat orang yang paling kita sayang sakit macam tu. Aku harap sangat yang bapak kawan aku tu cepat sedar dan cepat sembuh. Ingatlah, dalam pada kita bergembira pasti ada yang bersedih. Ya, itulah yang aku lalui sekarang. Doakan supaya bapak kawan aku tu cepat sembuh. Aminn.

p/s : sepatutnya dah masuk wad ICU tapi pihak pengurusan cakap wad ICU penuh. Jadi dia tempatkan bapak kawan aku tu kat wad biasa macam pesakit luar, dengan suasananya yang bising, orang awam keluar masuk melawat pesakit lain selamba je. Itu ke hospital kerajaan? macam sambil lewa je walaupun dah tahap macam gini. Sumpah aku tak paham.

pp/s : sorry entri agak panjang dan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina untuk korang yang berbangsa cina khususnya blogger Don. Bagi limau satu! haha. Gong Xi fa Cai!


0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?