Blogger Hebat - Bro Jejai Pergi Selamanya

Bro Jejai Pergi Selamanya | Azhar bin Ramli atau lebih dikenali sebagai bro Jejai telah meninggalkan kita semua semalam pada sekitar pukul 3 petang. Arwah merupakan pemilik blog teratakarmo itu menghembuskan nafas terakhirnya sehari selepas hari kelahirannya.


Bro Jejai

Serius aku cakap aku tak berapa kenal pun dengan arwah ni. Bukan kerana sombong atau ego dengan arwah tetapi aku sendiri sebenarnya baru sahaja menapak dalam dunia blogging ni. Tak sempat pun nak berkenal-kenalan dengan blogger yang hebat di Malaysia ni seperti arwah.

Aku dapat tahu masa event Sehari Bersama Blogger 2013 yang lalu, arwah sempat hadir untuk memeriahkan lagi majlis yang mendapat liputan meluas itu. Namun, semalam kita digemparkan dengan kehilangan arwah yang pergi buat selama-lamanya. 

Aku dapat rasakan yang blogger yang paling terasa kehilangannya ialah bro eyriqazz, sahabat baiknya selepas aku membaca entri beliau berkaitan dengan penyakit yang menimpa Arwah. Korang boleh baca entrinya yang begitu menyentap hati aku.


Hulurkan Bantuan

Dalam agama pun kita sememangnya diajar untuk meringankan beban sesama manusia. Jadi apa salahnya kita sebagai rakan menghulurkan bantuan kepada keluarga arwah dengan harapan dapat mengurangkan beban yang ditanggung warisnya.

SEANDAINYA SEMASA HIDUP ARWAH ADA TERSALAH KATA TERSALAH BAHASA TERKASAR PERBUATAN MOHON AMPUN DAN MAAF DARI HUJUNG KAKI HINGGA KE HUJUNG RAMBUT. SEANDAINYA ARWAH ADA BERHUTANG MOHON DIHALALKAN TETAPI SEKIRANYA ADA TUNTUTAN SILA TUNTUT DARIPADA WARIS ARWAH.

Itu adalah pesanan daripada keluarga arwah yang mana menuntut supaya dimaafkan segala kesilapannya dan halalkan hutangnya dan jika ingin menuntut, boleh menuntut kepada warisnya. Segala bentuk bantuan juga boleh disalurkan kepada :

Maybank Acc Acc No : 164089741562 (Mazliana Othman )

Seperti yang dinyatakan di blog Denaihati, kita ni hanya sesaat menghampiri waktu akhirat. Ya, yang hidup pasti akan kembali kepadaNya. Semoga kita semua juga bersedia menjadi tetamu Allah di kemudian hari. Kredit untuk Denaihati untuk gambar di atas.

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?