Tarikh dan Borang Permohonan BR1M 2.0

Tarikh dan Borang Permohonan BR1M 2.0 | Dalam peruntukan bajet 2013 yang lalu, Perdana Menteri kita telah memberikan satu lagi hadiah untuk rakyat berupa intensif wang tunai BR1M 2.0 yang akan mula dibuka pada 1 November 2012 nanti.


Tarikh Permohonan BR1M 2.0 Bermula 1 November 2012

Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) ini diperluaskan lagi jumlah yang layak iaitu terbuka juga kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan di bawah RM2000 sebulan. 

Mereka yang layak ini akan mendapat intensif berbentuk wang sebanyak RM250 setiap seorang.

Namun, harus ingat juga bahawa individu yang masih belajar di universiti pula secara automatik tidak layak memohon BR1M 2.0 ini kerana tidak dikategorikan sebagai individu bekerja yang mempunyai pendapatan bawah RM2000.

Borang permohonan untuk memohon BR1M ini boleh didapati di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan dengan anda bermula 1November 2012 nanti. 

Bagi anda yang sudah membuat permohonan BR1M pula, anda tidak perlu memohon semula kerana nama anda secara automatik akan mendapat intensif ini untuk kali yang kedua.

5 comments.. read them below or add one

zulkbo zulkbo08 Oktober, 2012
Salam,
teringin nak apply..tapi
siang-siang dah tahu tak layak
punya..he he
Admin Admin09 Oktober, 2012
@Zulkbo zulkboCom waalaikumsalamm .. hehe .. same la dengan saya .. >.<
Tanpa Nama Tanpa Nama06 November, 2012
belagak gila
Tanpa Nama Tanpa Nama06 November, 2012
saudara zulkbo dan khairul asrol xyah la belagak sgt ye
Admin Admin10 November, 2013
@Anonymous tu sebab saya umur bawah 21 lahh. haihh.

Bagaimana Pula Pandangan Anda?