Backlink Mempengaruhi Kedudukan di SERP

Backlink Mempengaruhi Kedudukan di SERP | Backlink merupakan jaringan ataupun penanda aras kepopularan sesuatu link tersebut. Semakin banyak backlink, semakin banyak lah kebarangkalian entri korang tu berada dalam carian engine.


Backlink Mempengaruhi Kedudukan di SERP

Untuk mendapatkan backlink itu tidaklah terlalu mudah dan tidak juga susah. Hal ini kerana algoritma google kini juga mengklasifikasikan backlink kepada dua iaitu backlink berkualiti dan backlink tidak berkualiti. Dua perkara penting yang korang perlu tahu.


Backlink Berkualiti

Backlink berkualiti adalah backlink yang diperoleh daripada website yang berpagerank tinggi mestilah bersifat natural! Apa yang aku maksudkan dengan natural ini adalah backlink itu tidaklah dicipta dengan terlalu banyak dalam satu-satu masa kerana crawler akan anggap itu sebagai spam walaupun itu bukan lah website spam.

Sebagai contoh, lepas korang tulis entri korang lengkap dan menepati ciri-ciri On-page SEO, korang haruslah mendapatkan backlink untuk entri korang tu untuk membuktikan entri korang itu berguna dan relevan dengan kepopulariti yang akan korang cipta nanti.

Namun harus diingat bahawa korang tidak digalakkan untuk mempromosikan entri korang tu seperti terus ping di mana-mana Agegator dengan lajunya, share kat sosial network, menggunakan backlink tool dan sebagainya. Kenapa? sebab google akan anggap itu semua adalah backlink spammer! yela takan dengan tetibe sahaja terlampau banyak backlink ke website kita. 

Seeloknya ambil masa sejam atau dua jam gap untuk mempromosikan entri korang tu. Jangan buat semua itu (sharing entri) ke semua tempat dalam satu masa sahaja. Komen diblog orang lain juga antara langkah yang boleh kita amalkan untuk mendapatkan backlink selain dapat mengeratkan hubungan sesama kita.


Backlink Tidak Berkualiti

Backlink yang tidak berkualiti kebiasaannya yang kita boleh perolehi secara percuma di mana-mana website. Korang google je mesti keluar free backlink tools and bla bla blaa .. Tapi harus diingat yang itu semua biasanya adalah backlink yang tidak berkualiti. Backlink yang tidak berkualiti ni adalah :

  1. Backlink yang diperoleh daripada website yang tidak sama jenis dengan website kita. Maksudnya di sini ialah jika website korang berkisarkan tentang makanan, korang carilah website yang bercerita tentang makanan juga dan ajak owner dia bertukar link. Maka itu akan dikira backlink berkualiti.
  2. Backlink yang diperoleh secara banyak dalam masa yang singkat. Macam yang aku katakan tadi, kalau korang share entri korang tu ke semua website yang korang nak dapatkan backlink dalam satu masa, maka itu akan dianggap backlink spammer jugak. Hati-hati!

Kesimpulannya, korang haruslah bijak mencari backlink yang berkualiti. Memang sesuatu yang sukar jugak nak dapatkan backlink berkualiti sebab kadang-kadang blog yang dah ber-pagerank tinggi ini susah sikit nak ajak bertukar link sebab blog kita cikai je. So, pandai-pandai la bodek owner tu, komen-komen blog dia ke, kenal rapat dengan dia.

Lagi senang kalau bertukar link dengan blog yang sama pagerank dengan blog kita sebab lagi banyak blog mention nama blog kita, lagi popular blog kita dan google mesti baik hati nak bagi kita up lagi pagerank kita. Mungkin entri akan datang aku kongsikan tentang pagerank dan cara nak naikkan pagerank blog. Banyak benda yang aku baca dan nak share dengan korang ni. Semoga bermanfaat untuk korang semua jugakk.

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?