Planet yang diberi nama ‘55 Cancri e’ itu mengorbit bintang seperti mana bumi mengelilingi matahari dengan begitu pantas dengan jangka masa 18jam bersamaan setahun di Bumi.
Mengikut sumber yang diperoleh, saintis menyatakan bahawa garis pusat planet itu juga dua kali ganda daripada bumi manakala jisimnya pula adalah lapan kalai ganda lebih besar daripada bumi.
Namun, difahamkan kepadatannya lebih kurang sama dengan Bumi tetapi suhu persekitaran 'planet berlian' ini adalah sangat tinggi sekitar 1648 celcius berbanding bumi yang hanya 27 darjah celcius sahaja.
“Permukaan planet ini diliputi grafit dan berlian berbanding air dan granit. Ini adalah gambaran pertama dunia batuan dengan asas kimia berbeza dari Bumi,"
Penemuan itu juga menyifatkan bahawa planet berbatu yang jauh tidak lagi dianggap mempunyai persamaan dengan bumi dari segi juzuk kimia, keadaan dalaman, atmosfera atau biologinya.
Penemuan itu juga sebenarnya selari dengan fakta-fakta yang termaktub di dalam Al-Quran di mana sememangnya terdapat banyak lagi planet yang kita belum ketahui.
Bagaimana Pula Pandangan Anda?