Diskaun Harga Kereta Myvi dan Viva Untuk Pelajar

Diskaun Kereta Myvi dan Viva Untuk Pelajar | Diskaun untuk pembelian kereta Myvi dan Viva ini bukanlah termasuk dalam bajet 2013 yang lalu. Namun, diskaun ini adalah inisiatif daripada pihak PERODUA untuk memberi peluang kepada pelajar tahun akhir IPTA/IPTS memiliki kereta sendiri.


Diskaun Kereta Myvi dan Viva Untuk Pelajar

Difahamkan bahawa para pelajar tahun akhir ini tidak perlu membayar pendahuluan dan bayaran bulanannya adalah serendah RM299 sahaja. Tawaran ini terbuka kepada semua model PERODUA Myvi dan Viva bermula 10 Oktober 2012 sehingga 31 Mac 2013.


Cara Membeli Kereta Dengan Harga Pelajar

  1. Pelajar dikehendaki menunjukkan kad pelajar dan membawa seorang penjamin semasa membuat permohonan.
  2. Tawaran bulanan RM299 ini hanya terbuka kepada pelajar tahun akhir sebelum mereka memasuki alam pekerjaan dan bayaran RM299 sebulan ini hanya untuk tahun pertama sahaja.
  3. Bagi tahun-tahun berikutnya, bayaran bulanan tunggakan akan meningkat sedikit-demi sedikit sejajar dengan gaji mereka yang semakin meningkat saban tahun.
Para pelajar juga akan diberikan insurans perlindungan kemalangan RM20 000 secara percuma, diskaun 50% untuk servis penyelenggaraan, baikpulih dan semua servis asas di semua cawangan PERODUA.

Untungnya para pelajar sekarang dapat menikmati banyak perkhidmatan dan kemudahan bagi mengurangkan beban perbelanjaan. Terdahulu, kad SISWA 1Malaysia yang mula diedarkan di universiti masing-masing dan sudah boleh digunakan sepenuhnya. 

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?