Keputusan Penuh Kelantan vs ATM Final Piala Malaysia 2012

Keputusan Penuh Kelantan vs ATM Final Piala Malaysia 20 Oktober 2012 | Kelantan muncul juara Piala Malaysia buat kali kedua selepas mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia 3-2 pada masa tambahan perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam ini.



Keputusan Penuh Kelantan vs ATM Final Piala Malaysia 2012

Pasukan Kelantan yang sudah menjuarai Piala Liga Super dan Piala FA kini mencari kejuaraan trebel mereka bagi musim yang penuh gemilang untuknya. Namun pasukan ATM juga tidak kurang hebatnya dengan dibarisi pemain-pemain bintang yang pernah beraksi di pentas final Piala Malaysia sebelum ini.

Keputusan Penuh Kelantan vs ATM Final Piala Malaysia 2012


Kelantan 3 - 2 ATM

Kelantan - Norshahrul Idlan Talaha minit ke-44, 50; Indra Putra Mahayuddin (minit ke-96)

ATM - Rezal Zambery Yahya (48), Marlon Alex James (62)


Berikut merupakan barisan para pemain Kelantan dan ATM pada saingan akhir Piala Malaysia 2012 kali ini. Kebanyakkannya sudah pernah beraksi di pentas final, antaranya seperti Hairudin Omar, Khairul Fahmi Che Mat, Aidil Zaquan dan ramai lagi.


KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Obinna Nwaneri, Mohd Daudsu Jamaluddin(Mohamed Aslam Haja Najumudden), Nik Mohd Shahrul Azim, S. Subramaniam (MohdRizal Fahmi Abdul Rosid), Mohd Shakir Shaari, Mohd Nurul Azwan Roya, Indra PutraMahayuddin, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), Muhammad Afiq Azmi (Mafry Balang),Norshahrul Idlan Talaha.

ATM: Mohd Farizal Harun, Amiridzwan Taj Tajudin, Mohamad Aidil Zafuan AbdulRadzak, Mohamad Azmi Muslim (Mohd Fitri Omar), K. Reuben (A. Varanthan), D.Christie Jayaseelan (Venice Elphi Danny Kaya), Rezal Zambery Yahya, HairuddinOmar (kapten), Bruno Sebastian Martelotto, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak,Marlon Alex James.

Tahniah buat pasukan Kelantan dan semoga dengan kejayaan ini akan lebih meningkatkan lagi mutu permainan bola sepak negara yang kini semakin mendapat perhatian dari negara-negara luar.


1 comment... add one now

TiranaAduka TiranaAduka23 Disember, 2012
jemput singgah bro.jika ada kelapangan .thanks

Bagaimana Pula Pandangan Anda?