Harga Rokok Naik 20 Sen Mulai 23 Oktober 2012

Harga Rokok Naik 20 Sen Mulai 23 Oktober 2012 | Isu harga rokok ini terus mendapat perhatian para perokok diluar sana yang sudah ketagihan rokok. British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai esok.

Harga Rokok Naik 20 Sen Mulai 23 Oktober 2012


“Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus hingga 58 peratus berkuat-kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012."

Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh dalam satu kenyataan berkata, berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan mengikut kenaikan harga rokok ini.

Harga baharu rokok bermula esok adalah seperti berikut:

Rangkaian DUNHILL – RM10.20
Rangkaian KENT – RM10.20
Rangkaian PETER STUYVESANT – RM8.70
Rangkaian PALL MALL – RM8.70
PALL MALL Biasa – RM10.60
BENSON & HEDGES – RM10.20
LUCKY STRIKE PLAIN – RM10.60
ROTHMANS INTERNATIONAL – RM10.60


BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, yang merupakan kumpulan tembakau paling antarabangsa dunia dan kumpulan tembakau tersenarai yang kedua terbesar dunia. - sumber

Jika diperhatikan betul-betul, sejauh manakah kempen berhenti merokok yang dilancarkan di Malaysia sejak beberapa tahun lalu? Jika benar kempen itu bersungguh-sungguh untuk memberhentikan perokok di negara ini berhenti, mengapa jualan rokok di Malaysia masih berleluasa? Renungkan.

1 comment... add one now

TiranaAduka TiranaAduka23 Disember, 2012
teringat tirana aduka pd rokok benson&heges 7 btg..hehe

Bagaimana Pula Pandangan Anda?