Biodata Pemain Malaysia Yang Hebat
Khairul Fahmi Che Mat – Kelantan (48/0) Malaysia (20/0) - 23 tahun, Januari 7, 1989
Diiktiraf sebagai penjaga gol terbaik Asia, beliau pandai mengarah benteng pertahanan. Ketangkasan dalam menyelamatkan gawang juga terbukti dari tendangan sudut, tendangan percuma mahupun penalti.
Mohd Farizal Marlias – Negeri Sembilan (38/0) Malaysia (16/0) 26 tahun, Jun 29, 1986
Penjaga gol ini telah mempertahankan gawang Negeri Sembilan dengan baik dan dianggap sebagai pilihan kedua secara automatik. Kelebihan beliau adalah menangani hantaran jauh ke dalam kotak.
Norazlan Razali – Selangor (5/0) Malaysia (0/0) - 26 tahun, Disember 19, 1985
Penjaga gawang yang berpengalaman ini mampu mengatasi penyerang jika menghadapinya tetapi harus memperbaiki fokus jika diberi peluang.
Mohd Asraruddin Putra Omar - Selangor (45/7) Malaysia (25/ 0) - 24 tahun, Mac 26, 1988
Pemain pertahanan ini tidak mudah hilang kawalan bola, minat menyerang dan mempunyai hantaran jauh yang tepat. Telah berlatih dengan PSV Eindhoven.
Subramaniam Sooryapparad - Kelantan (60/2) Malaysia (12/0) 26 tahun, Ogos 31, 1985
Pemain pertahanan yang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dan berani menjalankan tanggungjawab mempertahankan gawang sebagai pemain terakhir. Mampu melancarkan gerakan serangan di bahagian sayap jika mempunyai peluang.
Mohamad Muslim Ahmad - Terengganu (33/0) Malaysia (16/0) 23 tahun, April 25, 1989
Dikenalpasti oleh Arsene Wenger dan Alex Ferguson sebagai pemain yang mempunyai kekuatan mental yang tinggi, beliau adalah pemain pertahanan yang amat digeruni dengan kemampuan asakan serta ketangkasan beliau.
Mohd Faizal Muhamad - Terengganu (24/0) Malaysia (3/0) 23 tahun, Mac 3, 1989
Pemain muda ini telah membuktikan daya persefahaman yang tinggi dan mampu bermain di mana-mana sahaja di barisan pertahanan. Beliau juga amat cergas dan mampu menangani ancaman penyerang yang pantas.
Mahalli Jasuli - Harimau Muda (20/0) Malaysia (19/1) 23 tahun, April 2, 1989
Pemain pertahanan ini terkenal dengan pendekatan lasak beliau yang mampu mengawal gerakan penyerang lawan dengan baik. Tanggungjawab sebagai ketua pasukan Harimau Muda juga membuktikan kemampuan untuk memimpin pasukan.
Mohd Fadhli Mohd Shas - Harimau Muda (21/1) Malaysia (16/0) 21 tahun, Januari 21, 1991
Pemain pertahanan yang berani mengorbankan diri dengan menghumbankan badan demi mempertahankan gawang, beliau merupakan antara pemain yang terbesar dalam pasukan dan asakan beliau digeruni pihak lawan.
Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak - ATM (25/1) Malaysia (38/3) 24 tahun, Ogos 3, 1987
Pemain ini terkenal dengan kepantasan beliau merampas kawalan bola sambil melancarkan gerakan serangan dengan hantaran jauh yang tepat. Beliau juga mempunyai rembatan yang tepat dan menyengat
Amiridzwan Taj Tajudin - ATM (25/ 0) Malaysia (5/0) 26 tahun, Mei 30, 1986
Diberi peluang setelah membuktikan kemampuan di ATM bersama Aidil Zafuan dan mampu membaca dan mengawal rentak permainan dengan baik.
Mohd Azmi Muslim - ATM (23/0) Malaysia (14/0) 25 tahun, Oktober 17, 1986
Pemain ini bijak merancang gerakan dan daya pemahaman permainan yang tinggi memberi beliau kelebihan untuk membuat halangan ataupun memberi hantaran yang mencetuskan serangan.
Amar Rohidan - Kedah (21/0) Malaysia (21 /0 gol) 25 tahun, April 23, 1987
Diturunkan oleh K.Rajagobal kerana minat dengan aksi pertahanannya yang dikatakan "mengemaskan permainan Harimau"
Mohd Bunyamin Umar - Selangor (37/ 1) Malaysia (11/1) 24 tahun, Januari 7, 1988
Pemusnah tengah yang paling mantap, Bunyamin mampu menyengat gerakan pasukan lawan dengan asakan yang tepat. Telah berlatih bersama pasukan simpanan Chelsea.
Mohd Shakir Shaari - Kelantan (57/2) Malaysia (3/ 0) 25 tahun, September 29, 1986
Pemain yang penting untuk Kelantan, beliau telah menyekat gerakan lawan dengan baik sambil mempertahankan benteng pertahanan. Rembatan dari jauh beliau juga amat menyengat dan mampu mereka peluang untuk penyerang utama.
Mohd Khyril Muhymeen Zambri - Kedah (87/49) Malaysia (20 /2) 25 tahun, Mei 9, 1987
Penyerang yang mempunyai aksi gelecek dan gerakan yang pantas tetapi kecederaan telah menjejas permainannya. Antara pemain yang dipercayai K Rajagobal.
Safiq Rahim - Selangor (40/23) Malaysia (29/6) 25 tahun, Julai 5, 1987
Pemain bintang ini sering memberangsangkan pasukan dengan gol dari tendangan percuma dan hantaran beliau yang tepat sering mencipta ruang dan peluang untuk rakan sepasukan. Sering membangkitkan permainan dalam saingan sengit.
Shahurain Abu Samah - Negeri Sembilan (117/52) Malaysia (4/ 2) 25 tahun, Disember 23, 1986
Pemain veteran yang dikenali sebagai pakar sentuhan pertama ini mampu melancarkan gerakan serangan dalam situasi yang ketat dan berani membuat percubaan yang tepat dari jauh.
Kunalan Subramaniam - Negeri Sembilan (56/11) Malaysia (26/2) 25 tahun, September 15, 1986
Penyerang yang pantas, mahir gelecek dan sanggup bertungkus-lumus demi kebaikan pasukan hingga wisel penamat. Antara tonggak serangan yang paling dipercayai untuk kelab dan negara.
Mohamad Ashaari Samsudin - Terengganu (94/57) Malaysia (17/3) 27 tahun, Jun 7, 1985
Penyerang yang gemar menggelecek lepas pemain dari bahagian sayap ke dalam kotak ini sering mencari ruang dan tidak segan untuk membuat percubaan walaupun dari jauh. Mahir berganding usaha dalam gerakan satu sentuhan.
Yong Kuong Yong - Felda United FC (24/2) Malaysia (3/0) 23 tahun, September 18, 1988
Penyerang yang cerdik mencari ruang dan mencipta gol ini amat pemurah dan lebih selesa memberi hantaran tepat untuk memastikan gol dari mengambil peluang sendiri. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi.
Baddrol Bakhtiar - Kedah (112/33) Malaysia (21/6) 24 tahun, 1 Februari 1988
Penyerang yang berasal dari Kedah ini amat bergaya dan sering membuat percubaan istimewa yang jika tepat, mampu memberangsangkan pasukan. Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2010 - Pemain Tengah Terbaik, telah berlatih bersama pasukan simpanan Chelsea.
Ahmad Shakir Md Ali - Negeri Sembilan (16/9) Malaysia (9/4) 23 tahun, Januari 9, 1989
Penyerang yang terkenal dengan pendekatan fizikal ini juga mempunyai sentuhan yang baik. Penyertaannya sebagai pemain gantian sering meningkatkan rentak permainan Harimau.
Norshahrul Idlan Talaha - Kelantan (74/36) Malaysia (15/5) 28 tahun, Jun 8, 1984
Pemain kesayangan yang dianggap sebagai penyerang terbaik era ini untuk Malaysia sering bekerja keras dan mampu mereka peluang apabila gerakan beliau menarik pertahatian pemain pertahanan lawan. Mempunyai rembatan yang tepat.
Azamuddin Mohd Akil - Pahang (47/17) Malaysia (4/2) 27 tahun, April 16, 1985
Penyerang handal ini telah membuat kejutan setiap kali disertakan dalam perlawanan dengan kepantasan menggelecek, ketangkasan merampas kawalan bola dan rembatan yang tepat. Sering disertakan sebagai pemain gantian.
Md Rozaimi Abd Rahman - Sabah (18/5) Malaysia (1/0) 19 tahun, Oktober 6, 1992
Penjaring gol terbanyak rantau Asia dengan 10 gol dalam 5 perlawanan kelayakan Piala AFC, penyerang muda ini amat tenang di hadapan gol dan yakin dalam kemampuan diri sendiri. Ini adalah penampilan pertama beliau.
Mohd Safee Mohd Sali - Pelita Jaya (69/47) Malaysia (40/18) 28 tahun, Januari 28, 1984
Penyerang handal yang amat berpengalaman yang mampu mengubah corak permainan dengan hanya satu sentuhan, sering menguji benteng pertahanan lawan dan mampu mencipta ruang sendiri sebelum membuat percubaan. Masih mantap.
Bagaimana Pula Pandangan Anda?