Lelaki Yang Berakhlak Mulia Juga Kacak
Ya! rupa paras sahaja sebenarnya tidak cukup malah tidak layak dipanggil seorang lelaki itu kacak. Kenapa? adakah anda menilai seseorang itu hanya pada pandangan luaran sahaja? Anda silap! keperibadian yang unggul sebenarnya menjadi tunjang keperibadian seseorang. Begitu juga dengan sifat-sifat yang murni yang ditunjukkan. (bukan menunjuk pulak. hehe)
Pakaian Berjenama Aset Penting Untuk Kelihatan Kacak?
Jika ini menjadi pegangan anda, bagaimana dengan mereka yang hidupnya sederhana? tanpa kehidupan yang mewah, cukup sekadar untuk menjalani kehidupan seharian dengan bahgianya. Hakikatnya kacak lebih kepada kekemasan pakaian yang dipakainya, bukan pada harga pakaian tersebut. Ya benar pakaian yang mahal, berjenama akan membuat anda kelihatan kacak dan cukup hansome tetapi kekemasan juga menjadi keutamaan sebab pakaian zaman sekarang, mahal-mahal pun belum tentu lagi buat anda cukup kacak. Betul tak?
Entri ini adalah satu penyertaan kepada pertandingan SEO keyword "lelaki kacak" yang dianjurkan oleh : Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 oleh earncent.com
Bagaimana Pula Pandangan Anda?