Ustaz Ishak Din Meninggal Dunia 14 November 2016 Jam 6.05 Petang

Abang kepada Allahyarham Datuk Dr Haron Din, Ustaz Ishak Din dilaporkan telah meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada jam 6.05 petang tadi.



Pemegian Ustaz Ishak telah dimuatnaik kelaman Facebook, Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official), kira-kira sejam lalu.


"Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang kekanda kepada Allahyarham Tuan Guru Haron Din iaitu Ustaz Ishak Din (Pak Ngah) telah kembali ke Rahmatullah sekejap tadi. 

"Satu kehilangan besar berganda bagi seluruh keluarga dan masyarakat. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengurniakan keampunan buat Allahyarham yang dikasihi. Amin,"katanya.

Allahyarham Ustaz Ishak dikatakan telah menjalani satu pembedahan jantung di IJN pada Jumaat lalu, sebelum keadaan kesihatannya dilaporkan semakin merosot petang tadi. 

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?