Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menggesa masyarakat Cina untuk menilai keikhlasan pakatan terbaru antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Dalam ucapannya semasa mesyuarat agung tahunan MCA ke-63 hari ini, Najib berkata, kerjasama antara Presiden BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang sebagai tidak tulen kerana kisah lampau permusuhan mereka.
"Tuan-tuan dan puan-puan, adakah anda benar-benar berfikir pembangkang mempunyai perkongsian yang sejati? Adakah anda fikir Lim benar-benar suka Mahathir? Adakah anda fikir Mahathir benar-benar suka Lim?," soal Najib dengan disahut perwakilan MCA yang menjawab 'tidak'.
Ujar Najib, Mahathir pernah menggambarkan Lim sebagai 'perkauman, anti-Melayu dan anti-Islam' sedangkan yang Lim pula memanggil bekas perdana menteri itu sebagai 'diktator'.
Jelasnya, beliau faham keperluan untuk kepentingan politik tetapi dengan sejarah Mahathir dengan sekutunya itu pada masa ini, hubungan ini wajar digambarkan sebagai 'kemunafikan peringkat tertinggi'.
"Ini pusingan-U politik. Berapa kali mereka mahu buat pusingan-U?
"Saya fikir mereka telah kehilangan arah. Terlalu banyak kali. Bukan sahaja rakyat keliru, mereka (pembangkang) keliru.
"Kita tidak boleh membenarkan negara ini dipimpin oleh kerajaan gabungan tanpa keikhlasan.
Bagaimana Pula Pandangan Anda?