Rio, 15 Se - Atlet para negara, Siti Noor Radiah, berjaya meraih pingat gangsa bagi acara Lompat Jauh T20 Wanita berjaya meraih gangsa dalam acara yang berlangsung sebentar tadi.
Atlet berusia 23 tahun dari Johor itu melakukan lompatan sejauh 5.20 meter (m) sekali gus memecahkan rekod Asia 5.10m yang dilakukannya ketika memenangi emas di Sukan Para Asia di Incheon 2014.
Pingat emas acara itu dimenangi oleh atlet dari Croatia dengan lompatan sejauh 5.67m manakala pingat perak pula diraih oleh peserta dari Poland dengan lompatan sejauh 5.55m.
Sumbangan pingat gangsa oleh Radiah itu menjadikan jumlah pingat bagi Paralimpik Rio 2016 sebanyak empat setakat ini.
Satu video yang merakamkan aksi Radiah mengibarkan jalur gemilang di Rio dimuat naik di laman Twitter.

Roti Tisu 15 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.