
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak akui konflik tuntutan maritim bagi pertikaian di Laut China Selatan rumit dan sensitif. - Foto AFP
VIENTIANE, Laos: Datuk Seri Najib Razak mengakui konflik tuntutan maritim bagi pertikaian di Laut China Selatan menuntut kaedah penyelesaian secara berhati-hati kerana ia rumit dan sensitif.
Menyentuh keputusan Mahkamah Tetap Timbang Tara Antarabangsa di The Hague, Julai lalu, Perdana Menteri berkata, tiada mekanisme khusus serta peruntukan untuk menguatkuasakan penghakiman itu berikutan China tidak mengiktirafnya.
"Kita tidak boleh menguatkuasakan (keputusan mahkamah), tiada peruntukan untuk kuat kuasa melainkan kedua-dua pihak (China dan Filipina) pergi ke Mahkamah Tetap Timbang Tara Antarabangsa dan menerima terma ditetapkan.
"Tetapi ini adalah unilateral bagi pihak Filipina, ..oleh itu tiada mekanisme untuk menguatkuasakannya. Namun Filipina boleh mendakwa mereka mempunyai hak untuk menentukan isu membabitkan moral mereka kerana ia mencerminkan intepretasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS).
"Ya (konflik tuntutan maritim ini) rumit dan sensitif, jadi kita perlu uruskan dengan berhati-hati," katanya kepada wartawan Malaysia di Pusat Konvensyen Nasional, di sini, hari ini.
Beliau ditanya kemungkinan berlaku ketegangan di rantau ini berikutan tindakan China tidak mengiktiraf keputusan yang berasaskan kes dibawa Filipina.

Daripada Nazura Ngah 07 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.