BENTONG: Sehingga jam 3 petang tadi, keadaan lalu lintas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), masih terkawal walaupun bilangan kenderaan meningkat.
Berdasarkan maklumat pemegang konsesi komponen KLK, ANIH Berhad, bilangan kenderaan yang bakal memasuki ibu negara hari ini dijangka melebihi 200,000 kenderaan.
Pemantauan BH di lebuh raya berkenaan mendapati, kesesakan kecil mulai berlaku di laluan menaiki bukit terutama selepas Plaza Tol Bentong menghala ke Gombak, serta laluan memasuki Plaza Tol.
Aliran trafik dijangka bertambah menjelang lewat petang ini.
Oleh Nor Azizah Mokhtar 18 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?