Kuala Lumpur, 19 Sep - Satu tweet dari pemain pasukan Manchester United, Rio Ferdinand mengenai nasi goreng mencetus perdebatan antara pengikutnya dari Indonesia, Singapura dan Malaysia yang masing-masing dilihat cuba mempertahankan bahawa masakan itu berasal dari negara masing-masing.
Ferdinand memuat naik tweet tersebut dengan berkata : "Makan tengahhari nasi goreng... Kekalkan cara tempatan di #Singapura".
Akaun twitter AmranFanz menulis "Sejak bila 'nasi goreng' tu Singapore punya? @rioferdy5?"
"@rioferdy5 sebenarnya itu (nasi goreng) adalah makanan tempatan Indonesia," tulis Rizky Agustian.
"@OBrien_86 @rioferdy5 pembetulan, nasi goreng dari negara saya Indonesia, bukan Singapura," dakwa pengguna Twitter, Citra Meracuni Dunia.
Namun mesti ramai yang tertanya-tanya dari mana asal usul nasi goreng? Menurut Wikipedia dan about.com ,asal usul nasi goreng boleh dikesan di selatan China pada 589- 618 AD lagi ( dinasti Sui)
Bagaimanapun, makanan ini cukup popular di beberapa negara Asia Tenggara seperti Singapura, Malaysia, Indonesia serta Thailand.
Sumber : Wikipedia, About.com
Roti Tisu 19 Sep, 2016


Bagaimana Pula Pandangan Anda?