Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin
KUALA LUMPUR: Hujan renyai-renyai di ibu negara pagi ini tidak menghalang umat Islam untuk beramai-ramai menunaikan solat sunat Aidiladha sebelum melaksanakan ibadah korban.
Lebih 13,000 umat Islam, termasuk warga asing memulakan sambutan Aidiladha dengan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara di sini yang diimamkan oleh Imam Besar, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.
Syaikh Ismail, ketika menyampaikan khutbah bertajuk 'Aidiladha: Erti Sebuah Pengorbanan', mengajak umat Islam supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap segala ancaman yang boleh membawa kepada kesesatan akidah dan kecelaruan pemikiran serta kelemahan umat Islam.
"Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri untuk tingkatkan ketaqwaan kepada Allah dan umat Islam juga harus lakukan perkara yang sama bagi mendapat keredaanNya," katanya.
Pada masa yang sama, Syaikh Ismail turut memberi peringatan kepada umat Islam agar tidak terbabit dalam militan pengganas.
"Kumpulan Daesh bukanlah satu cara untuk perjuangkan agama Islam kerana ia tidak berlandaskan ajaran Islam sebenar," katanya.

12 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.