Najib solat Jumaat di Masjid Ban Auu

PIX Bernama

BANGKOK: Datuk Seri Najib Razak menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 200 jemaah di Masjid Ban Auu, di sini, sebentar tadi.

Perdana Menteri turut disertai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Najib turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM40,000 kepada Imam Masjid Ban Auu, Elias Ahmad bagi melaksanakan kerja baik pulih kemudahan itu.

Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi 09 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?