
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lee Chee Leong (kiri) menerima cenderahati daripada Pemangku Duta Jordan Ke Malaysia, Dr. Maen Masadeh (kanan) pada majlis sambutan ulang tahun ke-70 hari kemerdekaan Jordan di Hotel JW Marriot, Jalan Bukit Bintang. - Foto Saddam Yusoff/NSTP
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Jordan berkongsi keutamaan yang sama berkaitan isu memerangi keganasan dan pelbagai perkara kepentingan bersama, kata Kuasa Usaha Kedutaan Jordan di Malaysia, Dr Maen Masadeh.
Katanya, Malaysia mula menjalin hubungan diplomatik dengan Jordan pada 1965 dan negara ini membuka kedutaannya di Amman pada 1994, manakala Jordan pula membuka kedutaannya di Kuala Lumpur pada 1997.
"Ketika ini, lebih 3,500 rakyat Malaysia menuntut di universiti negara itu dengan membuat pengkhususan dalam bidang seperti perubatan, pergigian, bahasa Arab dan Undang-undang Syariah, manakala 1,000 rakyat Jordan melanjutkan pengajian di Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Jordan Ke-70 dan ulang tahun Ke-100 Pemberontakan Agung Arab, di sini, malam ini.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr Lee Chee Leong yang mewakili kerajaan Malaysia, selain ahli korporat dan wakil kedutaan negara lain.
26 May, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?