
TIMBALAN Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob. - Foto Mohd Fadli Hamzah
KOTA BHARU: Kehilangan Datuk Dr Haron Din sukar diganti berikutan ketokohan ulama besar itu yang sentiasa menjadi rujukan dalam pelbagai bidang.
Sambil merakamkan ucapan takziah bagi pihak Majlis Syura Ulama kepada keluarga Allahyarham, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob, berkata berita pemergian Allahyarham menyedihkan seluruh warga PAS.
"Pembabitan Allahyarham dalam PAS memberi kekuatan kepada parti terutama ketika mengemudi Majlis Syura Ulama sebagai Mursyidul Am. Prinsip dan dasar parti sentiasa dijaga agar PAS teguh berdiri atas dasar yang diredai.
"Saya dan seluruh kepemimpinan Majlis Syura Ulama merakamkan takziah kepada keluarga Almarhum Tuan Guru.
"Semoga Allah menempatkan Almarhum bersama auliya', syuhada' dan solihin di syurga Firdaus tertinggi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Haron, 76, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika menjalani rawatan jantung di Hospital Standford, California.
Allahyarham berlepas ke AS pada 10 September lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi 16 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?