
Solat jenazah ghaib Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din selamat ditunaikan di Madrasah Addiniah Al-Islamiah (MADI), Arau, pagi tadi. - Foto Hafizudin Mohd Safar
ARAU: Solat jenazah ghaib Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din selamat ditunaikan di Madrasah Addiniah Al-Islamiah (MADI), di sini, pagi tadi.
Solat yang diimamkan oleh Ustaz Abdullah Sabu itu dilaksanakan selepas solat subuh.
Lebih 100 umat Islam di negeri ini mengambil kesempatan menunaikan solat sunat yang dilaksanakan pada jam 6.20 pagi, sebelum mendengar kuliah subuh yang disampaikan Abdullah.
Suasana pilu dan sedih juga menyelubungi suasana madrasah terbabit yang turut dirasai wartawan.
Difahamkan, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Rd, Livermore, California, Amerika Syarikat (AS) selepas solat Jumaat waktu tempatan.

17 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.