
KUMPULAN pertama jemaah haji Malaysia tiba di KLIA, pada jam 11.21 pagi menerusi penerbangan Saudi Arabia SV5644. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
SEPANG: Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di tanah air pada jam 11.21 pagi ini.
Kumpulan membabitkan 442 jemaah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini menaiki pesawat Saudi Arabia SV5644.
Ketibaan mereka disambut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Badlishah Abdul Ghani.
Seramai 22,320 jemaah Malaysia menunaikan ibadat rukun Islam kelima itu pada musim haji kali ini.

Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Noor Atiqah Sulaiman 18 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.