KPT hantar rombongan khas ke Mesir esok

KERATAN muka depan akhbar BH yang mendedahkan pelajar Malaysia di Mesir berdepan penyingkiran daripada pengajian, susulan tunggakan yuran mencapai RM4.5 juta.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menghantar rombongan ke Mesir esok dalam usaha membantu pelajar Malaysia yang menghadapi masalah pembiayaan pengajian di negara itu.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kunjungan selama empat hari itu akan disertai beberapa pegawai KPT.

"Moga usaha diberkati dan pegawai saya selamat pergi dan kembali," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik melalui laman Facebooknya hari ini.

Sementara itu, KPT, dalam satu kenyataan, menyatakan rombongan tersebut akan diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT, Datuk Kamel Mohamed.

"Matlamat rombongan itu adalah untuk mencari fakta agar gambaran penuh isu tersebut dapat diperoleh.

"Rombongan juga akan berusaha mengesahkan maklumat pelajar yang memerlukan bantuan dan universiti mereka, agar bantuan dapat diselaraskan dengan kadar segera yang mungkin," menurut kenyataan itu.

Khamis lalu, media melaporkan 150 pelajar Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir bakal berdepan penyingkiran ekoran kegagalan membayar hutang yuran pengajian yang mencecah hampir RM4.5 juta secara keseluruhan. - BERNAMA

Oleh Nor Azizah Mokhtar 18 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.