KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) akan melanjutkan perkhidmatan komuter sempena sambutan Citrawarna @ Kuala Lumpur 2016, yang diadakan Ahad ini.
Pada Ahad dan Isnin ini, waktu operasi di lima stesen iaitu di stesen Putra, Bank Negara, Kuala Lumpur, KL Sentral dan Bandar Tasik Selatan, akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi.
Unit Komunikasi Korporat KTMB, dalam satu kenyataan media hari ini, melaporkan jadual tren tambahan adalah dari Putra ke Pelabuhan Klang (12.49 tengah malam dari stesen Putra), Putra ke Sungai Gadut (12.54 tengah malam dari stesen Putra) dan KL Sentral ke Rawang (1 pagi dari stesen KL Sentral).
"Ia dilanjutkan khusus bagi memberi kemudahan pengangkutan kepada orang ramai yang ingin menyaksikan pelbagai acara sempena sambutan Citrawarna 2016 di Dataran Merdeka.
"Pengguna juga dinasihatkan membeli tiket dua hala atau menggunakan kad Touch n Go bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik," kata kenyataan itu.
Maklumat lanjut, hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200 atau layari Twitter @ktmkomuter.

20 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.