Facebook BH Online cecah 4 juta pengikut

KUALA LUMPUR: Lebih empat juta pengikut kini mengikuti laman Facebook BH Online sekali gus menjadikan portal berita yang memiliki pengikut terbesar di laman sosial di negara ini.

Jumlah itu dicatatkan selepas hampir enam tahun laman yang menyokong versi dalam talian akhbar BH dilancarkan.

Rekod pencapaian ini berterusan selepas BH Online mencatat tiga juta pengikut pada 30 Julai tahun lalu.

Facebook BH boleh dicapai menerusi laman web www.facebook.com/bhonline

Lonjakan jumlah peminat atau pengikut ini susulan paparan pelbagai kandungan isu semasa antaranya berita pemergian legenda tinju dunia, Muhammad Ali yang meninggal dunia pada 4 Jun 2015.

Berita kematian pemimpin ajaran sesat 'Kerajaan Langit', Ayah Pin meninggal dunia, Fara Fauzana batal pernikahan, bapa restu remaja nikah ibu tunggal anak 5, Dr Mahathir umum keluar UMNO, MT UMNO pecat Muhyiddin, Mukhriz; gantung Shafie berjaya menarik 'like' pembaca tertinggi sepanjang tempoh sembilan bulan tahun ini.

Entri lain turut mendapat perhatian pengikut Facebook BH Online adalah paparan eksklusif kisah selebriti popular, Uqasha Senrose yang mengaku membuka hijab yang disiarkan pada 28 Ogos lalu.

Facebook BH boleh dicapai menerusi laman web www.facebook.com/bhonline

Berita pesawat Egyptair dirampas dan perkahwinan bintang Bollywood, Preity Zinta dengan teman lelakinya, Gene Goodenough direkod memperoleh trending tertinggi.

Selain itu, paparan segmen video 'Kapsul' di BHTV mengenai isu agama, pendidikan, gosip hiburan dan sukan bermula 2 September lalu turut mengukuhkan lagi kedudukan BH, sekali gus membolehkan akhbar ini kekal relevan dengan kehendak pembaca, khususnya generasi muda dalam menyalurkan maklumat melalui media baharu.

Terbaharu, liputan BH Online berinteraksi secara langsung dengan pembaca menerusi Facebook Live (FB Live) apabila wartawan menerusi aplikasi telefon pintar melaporkan terus menerusi video di lokasi liputan.

Selain kukuh di Facebook, BH Online turut menguasai laman Twitter dengan pengikut terkini 1.06 juta diikuti Instagram 207,000.

Kini Facebook juga menjadi penghubung untuk BH memperkenalkan kandungan berita eksklusif menerusi kupasan lebih segar, selain mampu merangsang minda pembaca dengan konsep yang lebih santai dan padat.

16 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.