
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin ketika sidang media berkenaan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Parlimen. - Foto NSTP/Abdullah Yusof
MELAKA: Kerajaan tidak menghalang rakyat negara ini untuk melancong ke Singapura walaupun virus zika semakin menular di republik berkenaan.
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata apa yang penting, langkah berhati-hati perlu diambil oleh pelancong ke negara jiran itu bagi mengelak dijangkiti virus terbabit.
"Kita tiada halangan untuk (rakyat) pergi ke Singapura, cuma kena hati-hati. Patuh dengan setiap arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan dijangkiti zika," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka, di sini, hari ini.
Sehingga pagi tadi, sebanyak 304 kes dicatatkan di Singapura dengan kes terbaharu sebanyak 12 kes.
Dalam pada itu, Mas Ermieyati berkata, kementeriannya akan berbincang lanjut mengenai cadangan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim, berkaitan tugu helang di Langkawi yang didakwa haram kerana menyerupai bentuk haiwan hidup.
"Saya menghormati pandangan beliau (Zamri), namun perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, Rabu ini," katanya.
Oleh Fairuz Zaidan 10 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?