
BANJIR di Kampung Bangan Panchor mulai surut awal pagi tadi. - Foto Noor Hidayah Tanzizi
PANTAI REMIS: Seramai 73 orang daripada 18 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara setakat jam 8.30 pagi tadi, berikutan banjir di Kampung Bangan Panchor, di sini.
Semua mangsa terbabit ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Kampung Panchor yang dibuka sejak malam Isnin lalu berikutan fenomena air pasang dan hujan lebat berterusan.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah, berkata mangsa terbaru membabitkan 15 orang daripada tiga keluarga.
"Cuaca hari ini juga cerah dan keadaan bertambah baik dan terkawal," katanya.
Air mula menaiki kawasan rumah penduduk setinggi kira-kira 0.4 meter, 8 malam tadi, namun mula surut awal pagi tadi dan hanya di beberapa kawasan saja air masih bertakung.
Oleh Nor Farhani Che Ad 21 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?