Anita selamat tiba Malaysia

Pengembara solo bermotosikal, Anita Yusof. - Foto BERNAMA

BUKIT KAYU HITAM: Pengembara solo bermotosikal, Anita Yusof tiba di sini, tepat jam 11 pagi ini, sekali gus berjaya memenuhi impian menjadi wanita Islam Malaysia pertama mengelilingi dunia.

Ketibaan Pensyarah Sains Sukan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh di Balai Polis Bukit Kayu Hitam, di sini, itu disambut kedua-dua anak lelakinya, Emiershah Iskandar dan Rudy Iskandar dan lebih 30 penunggang motosikal berkuasa besar.

Anita, 49, berjaya membuktikan dengan hanya mengembara menggunakan motosikal jenis Yamaha FZ150i, beliau berjaya menunggang lebih 65,000 kilometer apabila merentasi empat benua dan 40 negara sejak meninggalkan tanah air pada 10 September tahun lalu.

Antara negara berkenaan ialah Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Guatemala, El Salvador, Honduras, Nicaragua, Costa Rica, Panama, Columbia, Equador, Peru, Bolivia, Chile, Argentina, United Kingdom, Perancis, Sepanyol, Portugal, Monaco, Itali, Croatia, Bosnia, Montenegro, Albania, Greece, Turki, Iran, Turkmenistan, Uzbekistan, Kazakhstan, Russia, Mongolia dan Thailand.

Kejayaan kembara Global Dream Ride (GDR) itu dikongsi dalam majlis yang dianjur GIVI Asia.

Dalam ucapannya, Anita berkata, beliau berasa bertuah dapat kembali ke tanah air kerana beranggapan Malaysia negara bertuah yang perlu dijaga sampai bila-bila.

"Saya sudah tengok macam-macam ketika mengembara dan dari situ, saya tahu kemakmuran Malaysia perlu dijaga. Biarlah `hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri' kerana Malaysia adalah negara terbaik," katanya.

Oleh Petah Wazzan Iskandar 16 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.