Anggota polis cederakan guru ditahan

KETUA Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

IPOH: Polis menahan seorang anggotanya bagi disiasat berhubung kes mencederakan seorang guru di Lenggong, yang mana klip video kejadian itu menjadi viral dalam media sosial hari ini. 

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi, berkata anggota polis itu ditahan hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. 

"Permohonan reman akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Pangkalan Hulu. 

"Siasatan akan dilengkapkan seberapa segera dan akan dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri Perak," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Abdul Rahim berkata, tindakan untuk siasatan sudah diambil berhubung dakwaan anggota dari Balai Polis Lenggong mencederakan seorang guru Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi, Lenggong.   

Dalam klip video berdurasi 20 saat itu, kelihatan dua lelaki berpakaian biasa menangkap serta menjatuhkan seorang lelaki sebelum memulas tangannya ke belakang untuk menggarinya. 

Ketika kejadian itu, terdengar suara lelaki itu berkata `abang salah orang' berulang kali. 

Kejadian kira-kira jam 7.15 malam pada 30 Ogos lalu apabila guru berkenaan yang pernah menjadi wartawan sebuah akhbar harian dikatakan baru balik mengajar tuisyen persediaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), sebelum dikejar dua lelaki bermotosikal. 

Sebaik berjaya menahan guru berkenaan, dia terus ditangkap dan digari sebelum dibawa ke Balai Polis Lenggong tetapi dibebaskan tidak lama kemudian selepas didapati tidak melakukan sebarang kesalahan. 

Guru berkenaan cedera pada tangan kirinya akibat tindakan dua anggota polis itu ketika menahannya dan dikatakan diberi cuti sakit selama tiga minggu.

Daripada Nazura Ngah 06 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.