Anak jurugambar NSTP maut kemalangan

siti.sofia@bh com.my

Jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Pulau Pinang, Mohamad Ramdzan Masiam.

GEORGETOWN: Anak kepada jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Pulau Pinang, Mohamad Ramdzan Masiam, meninggal dunia dalam satu kemalangan di sini, awal pagi tadi.

Muhammad Rapheqi, 19, anak kedua Mohamad Ramdzan, meninggal dunia selepas motosikal ditunggangi berlanggar dengan kereta di Jalan Patani, di sini.

Mohamad Ramdzan berkata, anaknya mahu membeli minuman sebagai bekalan sebelum pergi memancing bersama rakannya.

"Dia ke Georgetown sendirian kira-kira jam 1 pagi untuk membeli minuman tetapi tidak pulang selepas beberapa jam keluar rumah.

"Anak sulung mengejutkan saya dan memberitahu adiknya kemalangan.

"Arwah sempat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) tetapi meninggal dunia kira-kira jam 5 pagi tadi," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Jenazah akan dimandi dan disembahyangkan di Hospital Pulau Pinang (HPP), sebelum dibawa ke Kampung Lembah Palas di Changloon, Kedah untuk pengebumian.

Oleh Siti Sofia Md Nasir 16 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.