KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa bahagian lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan malam ini, berikutan peningkatan jumlah kenderaan khususnya yang menuju ke ibu kota.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, setakat 10 malam ini, aliran trafik perlahan dari arah Sungkai menuju ke Slim River, Gua Tempurung ke Tapah dan Perai ke Pulau Pinang.
"Trafik juga dilaporkan sesak di kawasan Bangunan Sultan Abu Bakar (akibat kenderaan) dari Singapura ke Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di kawasan Lentang ke Bukit Tinggi dan sekitar Plaza Tol Gombak turut bergerak perlahan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

13 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.