Olimpik: Chong Wei mudah ke separuh akhir

JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei membalas pukulan pemain Taiwan, Chou Tien Chen pada perlawanan suku akhir badminton Sukan Olimpik Rio 2016 di Pavillion 4 Riocentro, Rio de Janeiro, malam tadi. - Foto AP

RIO DE JANEIRO: Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila layak ke separuh akhir, sebentar tadi.

Pemain nombor satu dunia itu yang menjadi sandaran memenangi pingat emas mara selepas mudah menewaskan pemain ranking ketujuh dunia dari Taiwan, Chou Tien Chen 21-9, 21-15 dalam masa 40 minit

Kemenangan itu menyaksikan Chong Wei mengekalkan rekod sempurna ke atas Tien Chen apabila memenangi semua lima perlawanan.

Di jangka menanti Chong Wei di separuh akhir Jumaat ini ialah musuh tradisinya Lin Dan dari China yang akan turun menentang pemain India, K Srikanth sebentar lagi.

Daripada Hussain Said 17 Aug, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.