Terjatuh ke laut ketika rehat di jambatan Pulau Bunting



Yan: Seorang lelaki berusia 20 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut sewaktu berehat di atas jambatan Pulau Bunting, di sini, kira-kira jam 1 petang tadi.


Difahamkan, mangsa, Mohd Syazwan Mohamad dilaporkan telah terjatuh ke dalam laut selepas gagal mengawal imbangan badan sewaktu duduk berehat di tepi jambatan berkenaan.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan S Sivaligam, ketika ditemui mengesahkan telah menerima loporan berhubung kes berkenaan pada jam 2.12 petang.


"Seramai enam anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan," katanya.

PrivaTE 13 Nov, 2014

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.