Lipas Ditemui di Hotel Lima Bintang



Melaka, 21 Nov : Sebuah HOTEL LIMA bintang di sini telah dikenakan kompaun sebanyak RM 2,250 oleh pegawai kesihatan negeri setelah didapati terdapat lipas di dalam bilik stor HOTEL tersebut yang digunakan untuk menyimpan makanan kering.

Pegawai kanan kesihatan, Dass Kandunni berkata hasil pemeriksaan dikawasan itu juga mendapati terdapat telur lipas di atas lantai.

Beliau berkata, satu lagi kesalahan yang dikenalpasti adalah salah seorang pembantu dapur didapati memakai cincin ketika bertugas.

Kandunni berkata demikian setelah mengetuai operasi Ops HOTEL di Banda Hilir hari ini. Operasi itu disertai oleh 30 pegawai penguatkuasa.

Exco Kesihatan Dan Pembangunan Sukan, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata lima dair 81 hotel yang diperiksa sejak Januari lalu telah diperintahkan untuk menggantung operasinya kerana gagal mematuhi Seksyen 11 Akta Makanan 1983. - Siakapkeli.com.my

PrivaTE 22 Nov, 2014

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.