Wanita ini Jadi Pemilik Pertama Saga Baharu Selepas Jawab Satu Soalan Mudah di Majlis Pelancaran Saga 2016


Shah Alam, 28 Sep - Seorang wanita yang hadir ketika majlis Pelancaran 2016 menjadi pemilik pertama Proton Saga baharu apabila berjaya menjawab satu soalan mudah di majlis pelancaran itu.

Detik manis Aliya Raidah Bt Abdul Malek dari Universiti Putra Malaysia itu dirakamkan oleh laman Facebook Proton Cars sebentar tadi.

"Tahniah Aliya Raidah Bt Abdul Malek dari UPM!. Pemilik pertama kereta Saga 2016 yang baharu! Woot Woot!", tulis Proton Cars.

Menurut Proton Cars, Aliya berjaya memenangi kereta tersebut setelah berjaya menamakan kesemua kereta Proton yang bermula dengan huruf S.

Tidak pasti apa jawapan yang diberikan oleh Aliya tapi apa yang pasti setakat ini Proton telah mengeluarkan empat model yang bermula dari huruf S.

1 - Suprima
2 - Saga
3 - Savvy
4 - Satria

Tahniah buat Aliya.

Sumber : FB Proton Cars

Roti Tisu 28 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?